Hampir semua mengetahui siapa itu Kurt Cobain..malah muzik grunge Nirvana adalah merupakan band pertama yang membawa saya minat kepada dunia muzik ini. Dengan lagu-lagu mereka yang amat memberikan kelainan kepada dunia muzik, menghasilkan karya yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh peminat-peminat mereka.
Tapi, kali ini saya bukanlah nak bercerita tentang Band Nirvana ini. Salah satu perkara yang paling saya tidak suka tentang Nirvana atau Kurt adalah,mereka memecahkan setiap instrumen apabila setiap kali melakukan persembahan diatas pentas..terlalu ganas!!apakah mereka tidak menyayangi instrumen2 tersebut?..
DAN...ini seolah-olah akan berlaku di Stage Room Projam Music Studio!!adalah segelintir rakan2 jammers kita bermain alatan instrumen seperti Band Nirvana ni...
(merokok membahayakan kesihatan)
Apa yang saya perhatikan, segelintir rakan jammers kita yang jamming di Stage Room melakukan aksi2 seolah seperti Kurt Cobain atau Nirvana...dan ini sering membuatkan saya terfikir "alamak,abis la barang Projam tok"...kalau nak tegur,susah jugak..and kalau barang dah rosak seperti cymbal,snare skindrum,Amplifier,mic dll..nanti complen cakap studio ni tak provide barang bagus,studio ni tak maintain barang bagus...hmmmm,wahai rakan2 ku,utk pengetahuan anda, satu cymbal itu berharga RM300 keatas!!belum cakap amplifier lagi..jadi,penyelesaian nya. Jamming lah secara beretika, kerana jamming itu hanyalah sebagai training session kita dan tak perlu mengikut stail Nirvana. Sama2 lah kita menjaga instrumen2 Projam,kerana yang menggunakannya adalah anda sendiri. Kadang2 band dari kuching, bintulu, mukah turut datang ke Projam untuk Jamming, jgn biarkan mereka kata.."ala.studio kat Sibu terukla barangnya,semua rosak"...SO rakan2,minta kerjasama anda utntuk jamming secara beretika dan professional (kerana ini lah studio ini dinamakan Projam - Professional Jammers)..agar dapat menggalakkan anda menjadi seorang professional musician..kira2 nak letak instrumen add on ke stage room start bulan ni spt Gilbratar Double Pedal dan Wah2 guitar effect..tp memandangkan segelintir jammers kita ni macam kurt cobain,terpaksa la cancel dulu....sorry guys...apapun,saya mengharapkan jammers sekalian having a good time and enjoyable jamming at our Stage Room....adios

No comments:
Post a Comment