Bukan semudah itu?
kali ini, kita berbicara pasal business atau perniagaan. Disini juga saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang 3 bulan ProJam telah beroperasi. Ya..3 bulan!! kami telah pun berjaya merintangi fasa pertama rintangan perniagaan. Ada ahli perniagaan yang berjaya mengatakan 3 bulan pertama adalah rintangan yang amat menguji kesabaran kita. Ya!! memang betul,pelbagai telah kami alami sepanjang 3 bulan ini. Antara yang paling perit adalah kehilangan kereta kesayangan saya sendiri,tp..dengan kuasa tuhan yang maha Esa,kereta saya ditemui balik...
Fasa 3 bulan memang byk memerlukan sifat kesabaran yang sebenar. Dari Zero kami bermula,sedikit demi sedikit semakin ramai yang datang ke studio kami,samaada jamming,membeli barang,cuci mata tengok gitar,tengok org jamming,salesman jual ubat dan macam2 ragam. Jika ada diantara anda yang pernah berjumpa dengan saya,pasti ada yang berkata.."issh,sapa miak tok pandei jak ngatur barang ctok"...hehe,ini kerana saya adalah seperti org biasa, bkn seperti musician lain..memakai baju hitam dengan nama band2 rock terkenal,atau rambut punk,atau rambut panjang..saya adalah simple dan malu2 ckit.. hihi..
Perniagaan music store ini BUKAN LAH MUDAH....hampir mustahil untuk survive dengan perniagaan ini apatah lagi dengan jamming studio yang terpaksa maintained instrumen untuk kepuasan pelanggan..oleh kerana itu,Projam mengambil inisiatif menjual barangan instrumen bagi meningkatkan olehan jualan setiap bulan. Dan jika anda ingin tahu,harga yang ditawarkan kami adalah setanding dengan dua the big giant music store di kuching..tak usah saya sebut,pasti anda juga tahu..kenapa harga kami mampu setanding dengan mereka,kenapa? diantaranya:
1) Sewa lot kedai kami murah!! hehe
2) Semua barangan instrumen yang kami jual adalah direct order dari KL dengan harga dealer..
3) Sebab saya tak pandai nak up harga tinggi2
4) Sebab saya juga musician dan juga pernah membeli gitar seperti anda
5) Sebenarnya anda boleh mendapat diskaun lagi dari saya jika anda adalah serius buyer
<< (Logo baru kami,tp byk yang komen,jd belum muktamad lagi design tu..)
So, itulah ramuan nasi lemak kami.. :) , ya..memang bukan mudah untuk memulakan perniagaan ini..apatah lagi,tidak lama akan buka juga satu lagi cawangan muzik store yang dah kaya raya di kuching tu di Sibu..hmmm,semakin byk la competitor...tapi,sya tak nak ambik itu sebagai negatif, apa yang penting..sentiasa fikiran positif jika ingin berjaya!! Tp tanpa anda,kami juga takkan berjaya..dengan ini,sya amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah datang,jamming,beli barang dan sebagainya..dan kami tahu,apa yang paling penting dan membezakan kemajuan sesuatu perniagaan adalah "Customer Service"..saya sentiasa menekan ini kepada semua jentera kami, layan lah customer dengan budi perketi..ceewaah,tp jgn lah sesiapa mengambil kesempatan ok...haa,sapa nak berniaga tu,boleh lah ambi idea saya ini...adios guys,THANK YOU FOR SUPPORTING US WITHIN THIS 3 MONTH, AND ALWAYS SUPPORT US AS WE SUPPORT LOCAL MUSIC....

No comments:
Post a Comment