Friday 16 September 2011

8 bulan...

Hai, sudah lama saya tidak update blog ini..maklumlah..semenjak dua menjak ni..byk sangat benda nak dibuat, alhamdullilah, projam telah pun berusia 8 bulan dan kami masih pun bertahan dan semakin maju ke hadapan. Ini juga kerana sokongan anda semua. Dan kami juga amat teruja menjelang bulan oktober ini kerana kami akan melangkah setapak lagi didalam perniagaan yang amat glamour ini. Kita juga tahu, ada segelintir music store dah pun tutup kerna tak dapat nak cover overhead cost..hmmm,memang susah sebenarnya nak cover business music store ni..apa yang paling penting adalah sokongan orang ramai dan kesabaran yang kukuh..
dengan ni,saya nak share apa yang telah kita lalui sepanjang 8 bulan ini....

jualan barangan instrument yang semakin meningkat








































Stage Room (jamming room) kami pun semakin mendapat sambutan dari band luar Sibu dimana kami pun tidak tahu band yang jamming datang dari mana...,ada band yang datang dari jauh dtg training untuk sesuatu event besar di Sibu.... :)

dan kami juga telah berjaya menganjur GIG pada bulan juali yang lepas di sebuah supemarket di Sibu, byk telah kami pelajari dari GIG ini...malah dapat berkenalan dan mengenali band2 yang terlibat di dalam GIG..dan kami merancang akan mengadakan lagi pada masa akan datang....




thanks kpd masterpiece kerna sudi join gig











diantara band yang turut terlibat bersama manager Supermarket






So, saya berharap di masa akan datang banyak lagi benda2 yang menarik yang akan dilakukan oleh jentera ProJam....kepada anda, bersama-samalah kita menghangatkan industri muzik Sibu.....terima kasih kerana masih memilih kami menjadi rakan muzik anda... :D

Wednesday 27 April 2011

Tips Jamming!!

Hey guys...
Disini saya ingin berkongsi tips untuk jamming session terutamanya kepada newbies!! tips ini sering saya dan band saya gunakan semasa mula2 berjinak-jinak dengan jamming dahulu..
1) Seorang ketua atau leader untuk memastikan jamming session anda sentiasa lancar
2) Belajar perkara asas dahulu sebelum jamming
3) List semua lagu yang hendak dimainkan dan pastikan setiap ahli kumpulan sudah pun tau peranan masing2 cthnya chord dan lagu..(lagu mestilah mengikut persetujuan ramai)
4) Commitment mestilah ada!! cthnya:dtg on time semasa nak jamming bagi mengelakkan kawan tunggu lama, kalau kwn dah tgu lama sangat..mood nak jamming pun dah kurang..
5) Semasa jamming, interaksi sesama band mate adalah penting bagi memastikan lagu mengikut tempo..cthnya kenyit2 mata ke bila nak masuk lead guitar,nak masuk nyanyi.. :)
6) Record video atau audio semasa jamming untuk mengkaji semula apa yang kurang jd dapatlah kita improve utk next jamming
7) Dan yang paling penting..ENJOY YOUR JAMMING SESSION!!

Selamat mencuba..... :P

Sunday 24 April 2011

Bukan semudah itu...

Bukan semudah itu?
kali ini, kita berbicara pasal business atau perniagaan. Disini juga saya ingin berkongsi pengalaman sepanjang 3 bulan ProJam telah beroperasi. Ya..3 bulan!! kami telah pun berjaya merintangi fasa pertama rintangan perniagaan. Ada ahli perniagaan yang berjaya mengatakan 3 bulan pertama adalah rintangan yang amat menguji kesabaran kita. Ya!! memang betul,pelbagai telah kami alami sepanjang 3 bulan ini. Antara yang paling perit adalah kehilangan kereta kesayangan saya sendiri,tp..dengan kuasa tuhan yang maha Esa,kereta saya ditemui balik...
Fasa 3 bulan memang byk memerlukan sifat kesabaran yang sebenar. Dari Zero kami bermula,sedikit demi sedikit semakin ramai yang datang ke studio kami,samaada jamming,membeli barang,cuci mata tengok gitar,tengok org jamming,salesman jual ubat dan macam2 ragam. Jika ada diantara anda yang pernah berjumpa dengan saya,pasti ada yang berkata.."issh,sapa miak tok pandei jak ngatur barang ctok"...hehe,ini kerana saya adalah seperti org biasa, bkn seperti musician lain..memakai baju hitam dengan nama band2 rock terkenal,atau rambut punk,atau rambut panjang..saya adalah simple dan malu2 ckit.. hihi..
Perniagaan music store ini BUKAN LAH MUDAH....hampir mustahil untuk survive dengan perniagaan ini apatah lagi dengan jamming studio yang terpaksa maintained instrumen untuk kepuasan pelanggan..oleh kerana itu,Projam mengambil inisiatif menjual barangan instrumen bagi meningkatkan olehan jualan setiap bulan. Dan jika anda ingin tahu,harga yang ditawarkan kami adalah setanding dengan dua the big giant music store di kuching..tak usah saya sebut,pasti anda juga tahu..kenapa harga kami mampu setanding dengan mereka,kenapa? diantaranya:
1) Sewa lot kedai kami murah!! hehe
2) Semua barangan instrumen yang kami jual adalah direct order dari KL dengan harga dealer..
3) Sebab saya tak pandai nak up harga tinggi2
4) Sebab saya juga musician dan juga pernah membeli gitar seperti anda
5) Sebenarnya anda boleh mendapat diskaun lagi dari saya jika anda adalah serius buyer


<< (Logo baru kami,tp byk yang komen,jd belum muktamad lagi design tu..)


So, itulah ramuan nasi lemak kami.. :) , ya..memang bukan mudah untuk memulakan perniagaan ini..apatah lagi,tidak lama akan buka juga satu lagi cawangan muzik store yang dah kaya raya di kuching tu di Sibu..hmmm,semakin byk la competitor...tapi,sya tak nak ambik itu sebagai negatif, apa yang penting..sentiasa fikiran positif jika ingin berjaya!! Tp tanpa anda,kami juga takkan berjaya..dengan ini,sya amat berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah datang,jamming,beli barang dan sebagainya..dan kami tahu,apa yang paling penting dan membezakan kemajuan sesuatu perniagaan adalah "Customer Service"..saya sentiasa menekan ini kepada semua jentera kami, layan lah customer dengan budi perketi..ceewaah,tp jgn lah sesiapa mengambil kesempatan ok...haa,sapa nak berniaga tu,boleh lah ambi idea saya ini...adios guys,THANK YOU FOR SUPPORTING US WITHIN THIS 3 MONTH, AND ALWAYS SUPPORT US AS WE SUPPORT LOCAL MUSIC....

Thursday 7 April 2011

Tiru Gaya Kurt Cobain??

Hampir semua mengetahui siapa itu Kurt Cobain..malah muzik grunge Nirvana adalah merupakan band pertama yang membawa saya minat kepada dunia muzik ini. Dengan lagu-lagu mereka yang amat memberikan kelainan kepada dunia muzik, menghasilkan karya yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh peminat-peminat mereka.
Tapi, kali ini saya bukanlah nak bercerita tentang Band Nirvana ini. Salah satu perkara yang paling saya tidak suka tentang Nirvana atau Kurt adalah,mereka memecahkan setiap instrumen apabila setiap kali melakukan persembahan diatas pentas..terlalu ganas!!apakah mereka tidak menyayangi instrumen2 tersebut?..
DAN...ini seolah-olah akan berlaku di Stage Room Projam Music Studio!!adalah segelintir rakan2 jammers kita bermain alatan instrumen seperti Band Nirvana ni...







(merokok membahayakan kesihatan)








Apa yang saya perhatikan, segelintir rakan jammers kita yang jamming di Stage Room melakukan aksi2 seolah seperti Kurt Cobain atau Nirvana...dan ini sering membuatkan saya terfikir "alamak,abis la barang Projam tok"...kalau nak tegur,susah jugak..and kalau barang dah rosak seperti cymbal,snare skindrum,Amplifier,mic dll..nanti complen cakap studio ni tak provide barang bagus,studio ni tak maintain barang bagus...hmmmm,wahai rakan2 ku,utk pengetahuan anda, satu cymbal itu berharga RM300 keatas!!belum cakap amplifier lagi..jadi,penyelesaian nya. Jamming lah secara beretika, kerana jamming itu hanyalah sebagai training session kita dan tak perlu mengikut stail Nirvana. Sama2 lah kita menjaga instrumen2 Projam,kerana yang menggunakannya adalah anda sendiri. Kadang2 band dari kuching, bintulu, mukah turut datang ke Projam untuk Jamming, jgn biarkan mereka kata.."ala.studio kat Sibu terukla barangnya,semua rosak"...SO rakan2,minta kerjasama anda utntuk jamming secara beretika dan professional (kerana ini lah studio ini dinamakan Projam - Professional Jammers)..agar dapat menggalakkan anda menjadi seorang professional musician..kira2 nak letak instrumen add on ke stage room start bulan ni spt Gilbratar Double Pedal dan Wah2 guitar effect..tp memandangkan segelintir jammers kita ni macam kurt cobain,terpaksa la cancel dulu....sorry guys...apapun,saya mengharapkan jammers sekalian having a good time and enjoyable jamming at our Stage Room....adios

Saturday 19 March 2011

Upgrade pickup anda!!pilih DIMARZIO!!!

Seperti yang kita tahu,GIG akan banyak diadakan semasa pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan ini, upgrade lah pickup anda semestinya membeli salah satu pickup daripada ProJam Music Studio. Kenapa ingin membahayakan duit anda dengan order dari sumber2 internet yang tidak pasti keselamatannya!!!

Dimarzio Pickup secara PREORDER di ProJam Music Studio!!!

Step: 1) Pilih salah satu pickup Dimarzio seperti dibawah
         2) 50% bayaran pendahuluan untuk confirmkan order
         3) Tunggu sehingga 3 hari ke seminggu dan pickup anda sampai ke showroom kami
         4) Bayar balance kesemuanya dan anda boleh membawa balik pickup tersebut
             (tiada perhidmatan pemasangan disediakan)

Semudah itu sahaja!!!

Sunday 27 February 2011

Peluang band anda ada pada masa sekarang...!!!

Hai freinds,

bertemu lagi kita di laman blog saya ini,kali ni.saya ingin berkongsi pendapat bersama rakan2 sekalian...juga tentang muzik,tentang band...
pada Sabtu lepas, saya seperti biasa berjalan di pasar dan supermarket Sibu..dan terlihat kedai2 muzik yang berada di Sibu..(saya pasti anda juga tahu)..
Ini membuatkan saya terkenang zaman budak sekolah saya semasa 13 tahun yang lepas..dan saya terfikir,betapa untungnya remaja2 masa kini dengan tersedianya pelbagai kedai muzik dan jamming studio...
juga banyak kedai menjual alatan muzik...ishh2 untungnya...kalau nak dikisahkan zaman saya bersama band 13 tahun dahulu...dari SMK Kpg Nangka kami menggunakan basikal untuk semata-mata jamming sebuah studio di Kpg Bahgia, bagi org Sibu memang tahu berapa jauh tu...betapa susahnya pada masa tu nak cari Jamming Studio..disini saya nak senaraikan Jamming Studio yg pernah tpt saya jamming di Sibu:



1) Chally Studio
2) Commercial Studio
3) Sun Studio
4) Joys Studio

mgkin ada lagi jamming studio yang lupa saya senaraikan...byk kisah duka dan suka jamming bersama rakan,mengenali rakan yang baru, memahami dari muzik rock kapak ke heavy grunge..sehingga pada satu tahap band kami dianggap Butterfingers Sibu!! (bkn muji dirilah hehe),dan ada juga rakan yg berjaya merakamkan album sekarang (Depha Masterpiece) yg bersama seharian lepak di Commercial Studio...
Jadi,sekarang amat terbuka luas bagi rakan2 yang ingin serius dengan muzik ini, masa dulu amat susah untuk mendengar GIG di Sibu,tp sekarang hampir setiap bulan ada GIG..
So, rakan2 yang ingin serius tu..buka mata,buka minda,intai peluang anda, atur strategi anda..fahami permintaan pasaran muzik sekarang....dan paling penting sefahaman anda dangan band anda... cheers

Tuesday 22 February 2011

teknik "stick hold" dan memukul cymbal...

ok..saya bukanlah pemain drum,tp ingin juga berkongsi pendapat bersama kalian. Ini kerana, apa yang saya lihat kebanyakan drummer yg dtg ke Projam berpontensi untuk menjadi seorang drummer yang professional.

disini, sya ingin berkongsi fahaman tentang cara-cara memegang stickdrum dgn betul...
semasa memegang stick,seharusnya lengan dan tangan kita hendaklah flat ketika memukul Hi Hat dan Snare Drum. Ini bg memberikan lebih impak ketukan serta mengelakkan tangan daripada terlalu lenguh..dr kebanyakan drummer yang baru2 sekarang, memukul dengan sekuat tenaga akan menyebabkan anda cepat terasa letih...






Untuk pukulan ke cymbal pula, pastikan cymbal berada dlm keadaan 45 darjah. Ini bg mengelakkan cymbal crack!!ini sering berlaku dari apa yang dilihat..walaupun cymbal tebal pun tetap akan crack jika dipukul secara 90 darjah...(ini juga kaedah utk menjaga cymbal dr crack cepat)...

dan dgn ini...ada juga berita baik utk drummer yg bakal jam di Projam...tgulah ketibaan nya..hehe, dan ProJam juga merancang nak letak China Cymbal!!!.....
ok..jika ada drummer yang lebih berpengelaman tu,sudi2 lah comment utk pengetahuan bersama kita sebagai pemuzik....cheers.........