Sunday, 27 February 2011

Peluang band anda ada pada masa sekarang...!!!

Hai freinds,

bertemu lagi kita di laman blog saya ini,kali ni.saya ingin berkongsi pendapat bersama rakan2 sekalian...juga tentang muzik,tentang band...
pada Sabtu lepas, saya seperti biasa berjalan di pasar dan supermarket Sibu..dan terlihat kedai2 muzik yang berada di Sibu..(saya pasti anda juga tahu)..
Ini membuatkan saya terkenang zaman budak sekolah saya semasa 13 tahun yang lepas..dan saya terfikir,betapa untungnya remaja2 masa kini dengan tersedianya pelbagai kedai muzik dan jamming studio...
juga banyak kedai menjual alatan muzik...ishh2 untungnya...kalau nak dikisahkan zaman saya bersama band 13 tahun dahulu...dari SMK Kpg Nangka kami menggunakan basikal untuk semata-mata jamming sebuah studio di Kpg Bahgia, bagi org Sibu memang tahu berapa jauh tu...betapa susahnya pada masa tu nak cari Jamming Studio..disini saya nak senaraikan Jamming Studio yg pernah tpt saya jamming di Sibu:



1) Chally Studio
2) Commercial Studio
3) Sun Studio
4) Joys Studio

mgkin ada lagi jamming studio yang lupa saya senaraikan...byk kisah duka dan suka jamming bersama rakan,mengenali rakan yang baru, memahami dari muzik rock kapak ke heavy grunge..sehingga pada satu tahap band kami dianggap Butterfingers Sibu!! (bkn muji dirilah hehe),dan ada juga rakan yg berjaya merakamkan album sekarang (Depha Masterpiece) yg bersama seharian lepak di Commercial Studio...
Jadi,sekarang amat terbuka luas bagi rakan2 yang ingin serius dengan muzik ini, masa dulu amat susah untuk mendengar GIG di Sibu,tp sekarang hampir setiap bulan ada GIG..
So, rakan2 yang ingin serius tu..buka mata,buka minda,intai peluang anda, atur strategi anda..fahami permintaan pasaran muzik sekarang....dan paling penting sefahaman anda dangan band anda... cheers

Tuesday, 22 February 2011

teknik "stick hold" dan memukul cymbal...

ok..saya bukanlah pemain drum,tp ingin juga berkongsi pendapat bersama kalian. Ini kerana, apa yang saya lihat kebanyakan drummer yg dtg ke Projam berpontensi untuk menjadi seorang drummer yang professional.

disini, sya ingin berkongsi fahaman tentang cara-cara memegang stickdrum dgn betul...
semasa memegang stick,seharusnya lengan dan tangan kita hendaklah flat ketika memukul Hi Hat dan Snare Drum. Ini bg memberikan lebih impak ketukan serta mengelakkan tangan daripada terlalu lenguh..dr kebanyakan drummer yang baru2 sekarang, memukul dengan sekuat tenaga akan menyebabkan anda cepat terasa letih...






Untuk pukulan ke cymbal pula, pastikan cymbal berada dlm keadaan 45 darjah. Ini bg mengelakkan cymbal crack!!ini sering berlaku dari apa yang dilihat..walaupun cymbal tebal pun tetap akan crack jika dipukul secara 90 darjah...(ini juga kaedah utk menjaga cymbal dr crack cepat)...

dan dgn ini...ada juga berita baik utk drummer yg bakal jam di Projam...tgulah ketibaan nya..hehe, dan ProJam juga merancang nak letak China Cymbal!!!.....
ok..jika ada drummer yang lebih berpengelaman tu,sudi2 lah comment utk pengetahuan bersama kita sebagai pemuzik....cheers.........

Wednesday, 16 February 2011

ProJam Music Studio

ProJam Music Studio adalah 100% dimiliki oleh anak jati Sibu Sarawak. Berhasrat untuk menghangatkan lagi suasana Industri Muzik di sekitar Bandar Sibu, Sarikei, Saratok, Mukah, Bintulu dan seluruh Sarawak. ProJam menyediakan Jamming Studio, menjual alatan muzik dan sewa alatan muzik. Di laman blog ini, sedikit kelainan akan dikemukakan oleh saya...dimana kita boleh berbincang tentang muzik,segala tentang muzik!!alatan muzik!!..jadi,sesiapa yang berminat nak share2 pasal muzik..silalah comment ok.. :)..tidak seperti di laman FB ProJam juga,disini saya akan menggunakan Bahasa Melayu agar semua dapat memahami dan sudi berikan comment (also my english not to good la..hehe)...jadi kita boleh campur adukkan bahasa.. i can speak english,melayu swk, malay dan iban....so,hope anda sudi2 lah baca blog ProJam ni..sb sya akan update pelbagai terutama tentang alatan muzik yg ada di dlm stock ProJam...cheerss.....